Thursday, 4 March 2021

updated 2:51 PM UTC, Mar 4, 2021

JHEAIK pinda aktiviti keagamaan di masjid dan surau

  • Published in Berita Semasa

ALOR SETAR, 20 Januari - Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah (JHEAIK) melakukan pindaan terhadap arahan pelaksanaan aktiviti keagamaan di masjid dan surau dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Menurut Pengarahnya, Mohd Yusri Md Daud, pindaan itu melibatkan program keagamaan dan aktiviti pengurusan jenazah.

Menerusi pindaan tersebut program keagamaan sebelum solat Jumaat dan sebagainya dalam skala kecil di masjid dan surau di Zon Hijau, Kuning, dan Jingga dibenarkan selain tidak melebihi 60 minit manakala di Zon Merah ia tidak dibenarkan.

Dalam pada itu, pindaan perkara 6.4 pula melibatkan aktiviti pengurusan jenazah bagi kawasan Zon Merah, solat jenazah bukan COVID-19 hanya dibenarkan tidak melebihi 20 orang manakala bagi kawasan Zon Hijau, Kuning dan Jingga, pengurusan jenazah di masjid dibenarkan dan solat jenazah terhad.

Arahan tersebut berkuatkuasa serta merta sehingga arahan rasmi terkini dikeluarkan dari semasa ke semasa.