Sunday, 17 January 2021

updated 12:18 PM UTC, Jan 17, 2021

Jalan di Pasar Awam Ayer Itam ditutup

  • Published in Berita Semasa

GEORGE TOWN, 14 Januari- Bermula esok, jalan di kawasan Pasar Awam Ayer Itam, George Town ditutup bermula jam 6.00 pagi hingga 2.00 petang.

Penutupan tersebut bagi menggurangkan pertambahan kenderaan, selain mengekalkan penjarakan fizikal di kawasan pasar terbabit.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Suffian Santong berkata setakat pagi tadi polis mendapati kawasan pasar awam berkenaan sesak dengan orang ramai dan kebanyakan pelanggan bertindak memberhentikan kenderaan ditepi jalan mengakibatkan berlakunya kesesakan lalu lintas.

Menurutnya, tindakan penutupan jalan tersebut sama seperti perlaksanaan ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tahun lalu.

Pun begitu, jelasnya, peniaga di kawasan berkenaan masih mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) ditetapkan.

Jumlah gerai yang beroperasi di kawasan pasar berkenaan turut dikurangkan.

Beliau berkata demikian ketika meninjau kawasan Pasar Ayer Itam pagi tadi.