Sunday, 17 January 2021

updated 1:18 PM UTC, Jan 17, 2021

Kes COVID-19 mampu dikurangkan dalam tempoh 4 minggu

  • Published in Berita Semasa

 

 

Putrajaya, 14 Januari - Kementerian Kesihatan menjangkakan kes jangkitan COVID-19 di Malaysia dapat dikurangkan kepada sekitar 500 kes ke 1,000 kes sehari dalam tempoh empat minggu.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan, untuk tempoh dua minggu pertama pelaksanaan semula Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), pihaknya akan memantau data terlibat dalam usaha mengurangkan kes harian.

Namun, beliau menegaskan, masih terlalu awal untuk Kementerian membuat unjuran jangkitan kes menjelang April depan.

Selain itu, beliau berpandangan negara ketika ini berada pada landasan yang betul dalam usaha membendung jangkitan COVID-19.