Sunday, 17 January 2021

updated 12:18 PM UTC, Jan 17, 2021

11 Kluster Baharu termasuk tujuh kluster tempat kerja

  • Published in Berita Semasa

PUTRAJAYA, 13 Jan - 11 kluster baharu dikenal pasti melibatkan Lembah Klang, Johor, Kedah, Kelantan, Negeri Sembilan dan Melaka, dengan 498 kes positif.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah menjelaskan Kluster Taman Integrasi melibatkan daerah Gombak, Selangor.

Manakala Kluster Jalan Ijuk melibatkan daerah Petaling, Kuala Langat, Sepang, Klang dan Hulu Langat di Selangor.

Kedua-dua kluster itu dikesan hasil saringan bersasar di sebuah kilang.

Kluster Kota melibatkan Kota Tinggi, Johor dikesan hasil saringan individu bergejala..manakala Kluster Tanjung Megah melibatkan daerah Pontian, Johor merupakan hasil saringan kontak rapat.

Kluster Jalan Thamby dan Kluster Jalan Kasturi melibatkan daerah Lembah Pantai dan Kepong di ibu negara hasil saringan bersasar di sebuah syarikat pengawal keselamatan.

Kluster Taman Batik pula melibatkan daerah Kuala Muda dan Baling di Kedah hasil saringan individu bergejala.

Kluster melibatkan sebuah majlis perkahwinan di daerah Seremban di Negeri Sembilan juga dikenal pasti sebagai Kluster Kampung Tengah hasil saringan individu bergejala.

Kluster ke-sebelas, iaitu Kluster Dialisis Malim melibatkan daerah Melaka Tengah dan Alor Gajah di Melaka hasil saringan individu bergejala.