Sunday, 17 January 2021

updated 12:18 PM UTC, Jan 17, 2021

SJR: 5 kenderaan dikompaun kerana tidak patuh SOP

  • Published in Berita Semasa

BATU BERENDAM, 13 Januari- Kira-kira 48 kenderaan diarah berpatah balik pada hari pertama Sekatan Jalan Raya (SJR) Melaka.

Manakala lima kenderaan dikompaun kerana tidak mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP).

Menurut Ketua Polis Melaka, Datuk Abdul Majid Mohd Ali, kenderaan berkenaan diarah berpatah balik keran tidak mempunyai alasan kukuh melakukan rentas sempadan.

Tambahnya, bagi kawasan SJR di kawasan Melaka Tengah, Polis Diraja Malaysia (PDRM) lebih menumpukan aktiviti merentas daerah.

Manakala bagi daerah Jasin dan Alor Gajah, polis mengawasi kenderaan yang cuba merentas sempadan.

Beliau diiringi Ketua Polis daerah Melaka Tengah, ACP Afzanizar Ahmad meninjau SJR Batu Berendam, Melaka.

Sebanyak 14 SJR secara tetap dilaksanakan di seluruh Melaka selain 11 'SJR mobile' dengan melibatkan 700 anggota PDRM dan Tentera.

Polis Melaka turut menubuhkan 77 pasukan pematuhan melibatkan 282 anggota dan pegawai.