Sunday, 17 January 2021

updated 11:42 AM UTC, Jan 17, 2021

Rondaan di kawasan tumpuan awam dipertingkat

  • Published in Berita Semasa

KUALA TERENGGANU, 13 Januari- Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Terengganu akan meningkatkan pemeriksaan dan penguatkuasaan di terminal utama di seluruh negeri itu sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bermula hari ini.

Orang ramai yang menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam dinasihatkan agar sentiasa mematuhi kesemua Prosedur Operasi Standard (SOP).

Pengarah JPJ Terengganu, Zulkarnain Yasin turut mengingatkan para pelanggan yang berurusan di kaunter JPJ agar terus mematuhi segala garis panduan yang telah dikuatkuasakan.

"Rondaan akan dipertingkatkan lagi terutamanya kawasan-kawasan yang sesak dan menjadi tumpuan awam."

Beliau ditemui selepas ke udara di konti radio Terengganu FM di Jabatan Penyiaran Terengganu Bukit Pak Apil.