Sunday, 17 January 2021

updated 1:18 PM UTC, Jan 17, 2021

Kenderaan komersial tidak perlu surat kebenaran semasa tempoh PKP

  • Published in Berita Semasa

KUALA LUMPUR, 13 Januari- Pemilik kenderaan komersial tidak perlu memohon surat kebenaran daripada Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) untuk beroperasi semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Sekatan tidak akan dikenakan kepada kenderaan komersial yang beroperasi semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

MOT dalam satu kenyataan memaklumkan, pemilik kenderaan komersial hanya perlu mengemukakan surat pengesahan daripada majikan.

Lorong khas akan disediakan di semua sekatan jalan raya untuk kenderaan komersial.

Bagi syarikat logistik lain seperti syarikat penghantaran barang dan pengendali gudang yang berdaftar dengan persatuan, kebenaran daripada kementerian boleh diperoleh daripada persatuan masing-masing.

Syarikat yang tidak berdaftar dengan mana-mana persatuan atau pertubuhan bukan kerajaan pula, surat kebenaran boleh dimohon menerusi laman rasmi MOT.

MOT turut menasihati pengguna pengangkutan awam supaya mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) berkaitan dan garis panduan seperti diumumkan Majlis Keselamatan Negara (MKN), mengamalkan penjarakan fizikal dan menjaga kebersihan sebagai langkah untuk mencegah penularan COVID-19.