Sunday, 17 January 2021

updated 1:07 PM UTC, Jan 17, 2021

Amaran Cuaca Buruk di 4 negeri

  • Published in Berita Semasa

 

Petaling Jaya, 11 Januari - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran cuaca buruk dan waspada berserta hujan lebat dijangka berlaku di empat negeri sehingga esok.

Empat negeri tersebut merupakan Pahang, Sarawak, Johor dan Sabah.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hujan lebat yang dijangka berlaku di Pahang melibatkan kawasan Maran, Kuantan, Bera, Pekan dan Rompin.

Bagi negeri Johor, ia melibatkan daerah Segamat, Kluang, Mersing, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru.

Amaran sama turut dikeluarkan untuk Sarawak di kawasan Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu dan Mukah.

Manakala di Sabah kawasan terlibat merupakan kawasan pedalaman di Kuala Penyu, Beaufort, Tambunan, Telupid dan Sandakan serta Labuan.

Selain itu, hujan lebat juga dijangka berterusan di Sabah melibatkan kawasan Pantai Barat dan Sandakan di Beluran dalam tempoh sama.