Elak spekulasi, tunggu pengumuman PM esok
- Ditulis oleh Media Baharu
- Published in Berita Semasa
KOTA BHARU, 10 Januari- 'Tunggu pengumuman yang akan dibuat Perdana Menteri esok'.
Demikian tegas Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Sekali lagi, beliau mengingatkan orang ramai supaya bertenang dan tidak panik.
Mereka yang menyebar khabar angin di media sosial kononnya kerajaan akan kembali mengenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara diberi amaran agar berhenti berbuat demikian.
"Tidak perlu ada pembelian panik, jangan terpengaruh dengan khabar angin di media sosial."
"Kononnya malam tadi pihak polis mengadakan satu sekatan jalan raya tidak membenarkan orang keluar rumah, namun ianya tidak benar."
Beliau menegaskan demikian di Pengkalan Chepa, Kelantan.