Saturday, 23 January 2021

updated 4:03 AM UTC, Jan 23, 2021

PKPB Sabah dilanjutkan, beberapa SOP dilonggarkan

  • Published in Berita Semasa


KUALA LUMPUR, 5 Disember- 
Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Sabah turut dilanjutkan sehingga 20 Disember.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan masih terdapat peningkatan kes positif COVID-19 di beberapa daerah di negeri itu.

"Secara kumulatif sehingga 3 Disember 2020, sebanyak 29,577 kes positif COVID-19 telah direkodkan di seluruh negeri Sabah."

"KKM turut mengesahkan masih terdapat peningkatan kes positif COVID-19 di beberapa daerah di seluruh negeri Sabah."

Bagaimanapun, terdapat beberapa Prosedur Operasi Standard (SOP) dilonggarkan.

Antaranya kemasukan individu masuk ke negeri Sabah dibenarkan untuk tujuan sosial bagi kemasukan domestik (pemegang MyKad, MyPR, MyKAS).

Kebenaran Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi pergerakan keluar dari Sabah dan rentas daerah juga tidak diperlukan.

Sementara itu, atas nasihat KKM, Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di K-Avenue, Megacity, Penampang, ditamatkan.