Saturday, 23 January 2021

updated 4:03 AM UTC, Jan 23, 2021

Pelanggan serbu kedai emas, patuh SOP atau berdepan tindakan

  • Published in Berita Semasa

PORT DICKSON, 5 Disember - Patuh Standard Operasi Prosedur (SOP) atau berdepan tindakan.

Itu peringatan pihak berkuasa selepas deretan kedai emas di bandar Port Dickson, Negeri Sembilan diserbu pelanggan susulan kejatuhan harga aset selamat itu.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Supritendan Aidi Sham Mohamed berkata, peniaga dinasihat sentiasa mematuhi SOP biar pun premis mereka kini menjadi tumpuan ramai.

Dalam masa sama, pelanggan juga tidak terkecuali daripada arahan pematuhan SOP ditetapkan dalam keghairahan mereka membeli emas.

Sementara itu, sebahagian pemilik kedai emas memilih urus niaga dalam talian bagi mengelakkan pembeli berkumpul beramai-ramai dalam satu premis.

Kaedah yang digunakan dengan menyediakan perincian yang lengkap bagi panduan pembeli.

Rata-rata pemilik kedai menegaskan pelaksanaan SOP masih diamalkan dan pelanggan diwajibkan memakai pelitup separuh muka dan merekodkan kehadiran mereka di premis.