Saturday, 23 January 2021

updated 4:03 AM UTC, Jan 23, 2021

Laluan ditutup akibat banjir, orang ramai disaran guna LPT2

  • Published in Berita Semasa

KUANTAN, 5 Disember - Lebuhraya Pantai Timur 2 Sdn. Bhd. (LPT2) menggesa orang ramai menggunakan lebuhraya tersebut sekiranya laluan lain terpaksa ditutup akibat banjir.

Pengurus Perniagaan LPT2, Roszi Ibrahim dalam satu kenyataan berkata, pengguna di Pantai Timur disaran menggunakan lebuhraya itu bagi mengelakkan sebarang kesesakan lalu lintas.

Tambahnya, selain penyediaan kawasan rehat, pihaknya turut mempunyai 60 anggota LPT2 RONDA terlatih berserta 30 pasukan rondaan sedia di tugaskan sekiranya berlaku kecemasan.