Logo

Empat pos kawalan PGA dinaiki air, kawalan sempadan terus diperketatkan

KOTA BHARU, 29 November - Kawalan sempadan terus diperketatkan walaupun pos kawalan dinaiki air.

Empat pos kawalan Pasukan Gerakan Am (PGA) di Pasir Mas dan Rantau Panjang, Kelantan mula dinaiki air selepas hujan lebat sejak kelmarin.

Ia melibatkan Pos Ibrahim Pencen, Pos Terusan, Pos Teh Kana dan Pos Salleh Berek.

Tegas Ketua Polis Kelantan, DCP Shafien Mamat, walaupun pos-pos terbabit ditenggelami banjir, tugas pemantauan dan rondaan oleh anggota yang bertugas terus berjalan secara berterusan.

Kawalan ketat di sempadan Kelantan-Thailand sama ada di darat mahupun di air dilakukan Pasukan Polis Marin, PGA, Agensi Kawalan Sempadan (AKSEM) dan dibantu Angkatan Tentera (ATM) serta Unit-unit Tugas Am.

Sehingga kini, terdapat 14 pegawai dan 374 anggota PGA terlibat bagi Ops Wawasan manakala bagi Ops Merpati (ATM) pula, 12 pegawai dengan kekuatan 225 anggota mengawal sempadan negara daripada dibolosi.

Hak Cipta Terpelihara © 2015 Radio Televisyen Malaysia.