Saturday, 23 January 2021

updated 8:51 AM UTC, Jan 23, 2021

Kesemua empangan hidroelektrik milik TNB dijamin dalam keadaan terbaik

  • Published in Berita Semasa


CAMERON HIGHLAND, 29 November- 
Tiga empangan milik Tenaga Nasional Berhad (TNB) di Tasik Kenyir, Cameron Highland, dan Sungai Perak bersiap sedia sejak Ogos bagi menghadapi musim tengkujuh tahun ini.

Persediaan itu merangkumi pengurusan paras empangan melalui pelepasan terkawal dan pemeriksaan menyeluruh di stesen-stesen janakuasa milik TNB.

Perkara itu dijelaskan Pengarah Urusan TNB Power Generation Sdn Bhd, Datuk Nor Azman Mufti menerusi satu kenyataan.

Jelas Datuk Nor Azman, latihan pengungsian dan ujian tahap ketersediaan bersama agensi-agensi kerajaan yang terlibat dengan pengurusan banjir turut dilakukan.

Tambahnya, sebelum musim tengkujuh tiba, paras air empangan diturunkan melalui pelepasan terkawal bagi membolehkan empangan menakung jumlah air hujan yang bakal meningkat.

Ia bagi mengelakkan bencana berlaku di hilir sungai ketika musim tengkujuh tiba.

Beliau turut memberi jaminan kesemua empangan hidroelektrik milik TNB berada dalam keadaan terbaik.