Saturday, 23 January 2021

updated 4:03 AM UTC, Jan 23, 2021

KKMM tambah baik penyampaian maklumat dalam bahasa Mandarin dan Tamil

  • Published in Berita Semasa


KUANTAN, 29 November- 
Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) akan menambah baik cara penyampaian maklumat berkaitan wabak COVID-19 agar semua lapisan masyarakat lebih mudah memahaminya.

Usaha itu juga melibatkan penyampaian kepada golongan Orang Kurang Upaya dan warga asing.

Menterinya, Datuk Saifuddin Abdullah berkata tambah baik itu termasuk penggunaan bahasa penyampaian yang perlu meliputi semua kaum utama di negara ini.

"Kita harus meningkatkan penyampaian dalam bahasa Mandarin dan Tamil."

"Kita tidak ada masalah dari segi penyampaian dalam bahasa Melayu, semuanya berjalan dengan baik."

"Kami terima maklumat bahawa terdapat sedikit jurang dari segi penyampaian dalam bahasa Mandarin dan Tamil."

"Jadi kami sedang perbaiki mesej yang disampaikan dalam dua bahasa tersebut, begitu juga Sabah, Sarawak, kita turut memperbaiki penyampaian dalam bahasa Iban dan Kadazan."

Beliau yang juga Ahli Parlimen Indera Mahkota turut memaklumkan, penyampaian maklumat dalam bahasa asing turut dilakukan memandangkan peningkatan kes dalam kalangan pekerja asing.

Ia bagi memastikan golongan itu dapat memahami saranan yang dikeluarkan pihak kerajaan.

Beliau mengulas perkara itu pada Program Indera Mahkota Prihatin di Kuantan.

Sumbangan RM10,000 disalurkan kepada Gabungan Persatuan-Persatuan Tionghua Kuantan, merangkumi 71 persatuan.