Saturday, 23 January 2021

updated 4:03 AM UTC, Jan 23, 2021

Banjir di Kampung Ganggarak: Laporan penuh bakal dihantar

  • Published in Berita Semasa


LABUAN, 29 November- 
Jabatan Pengairan Dan Saliran (JPS) Labuan akan membuat satu laporan penuh susulan banjir kilat yang berlaku di Simpang 8, Kampung Ganggarak.

Laporan berkenaan bakal diserahkan kepada Perbadanan Labuan dan pihak pemaju sebuah perumahan berhampiran kawasan banjir.

Pengarahnya, Juniaddi Awang Tuah berkata, laporan itu bagi membantu tindakan segera agar kejadian seumpama itu tidak berulang.

Tambahnya, bagi mengatasi masalah berkenaan pihaknya juga akan membuat permohonan Rancangan Tembatan Banjir (RTB) kepada Kementerian Kewangan menerusi Rancangan Malaysia Ke-12.

Menurutnya, antara faktor berlaku banjir adalah berikutan lokasi kejadian merupakan kawasan rendah, aliran air longkang tidak keluar lancar ke sungai berdekatan dan sistem perparitan tidak diselenggara.

Tambahnya, cadangan membuat Parit Monsun untuk mengatasi permasalahan itu juga dibuat.

Beliau berkata demikian ketika dihubungi pemberita selepas membuat tinjauan ke kawasan banjir yang menyebabkan lima buah rumah terkesan akibat bencana itu, di Kampung Ganggarak.