Saturday, 23 January 2021

updated 4:03 AM UTC, Jan 23, 2021

Pos kawalan baharu mungkin perlu ditambahdi sempadan Malaysia-Thailand

  • Published in Berita Semasa


BUKIT KAYU HITAM, 29 November- 
Pos kawalan tentera baharu kemungkinan perlu ditambah di sempadan Malaysia -Thailand seperti yang dicadangkan membabitkan jajaran sejauh 23 kilometer di Bukit Kayu Hitam, Kedah

Bagaimanapun, menurut Panglima 2 Divisyen Infantri Mejar Jeneral Datuk Arman Rumaizi Ahmad penelitian masih dilakukan dan 12 pos kawalan sedia ada masih mampu melaksanakan tanggungjawab mempertahankan negara.

Katanya insiden tembakan di sempadan Padang Besar Perlis baru-baru ini tidak mematahkan semangat keanggotan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Berdasarkan pemantauan beliau menerusi 'Op Pagar 2' di kawasan itu kesiapsiagaan ATM terus dipertingkatkan.

ATM mempertingkat kerjasama dengan PDRM dan sentiasa berkongsi maklumat berkaitan sempadan Malaysia-Thailand supaya tidak diceroboh.

Datuk Arman berkata, pihaknya akan bertemu dengan Pegawai Pemerintah Batalion 3 Pasukan Gerakan Am untuk berkongsi maklumat dan strategi yang akan digunakan untuk mengukuhkan lagi hubungan mereka.

Kawasan 'Op Pagar 2'  meliputi dari Bukit kayu Hitam sehingga  di Padang Terap, Kedah.

Sebelum ini Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk seri Ismail Sabri Yaakob berkata pihaknya juga sedang menimbang keperluan terhadap penambahan anggota penguatkuasaan di kawasan sempadan negara selain menambah pos kawalan baharu.