Banjir di Perak: Angka penduduk terjejas berkurangan
- Ditulis oleh Media Baharu
- Published in Berita Semasa
TELUK INTAN, 29 November- Setakat pukul 11.00 pagi tadi, angka penduduk terjejas banjir di negeri itu berkurangan selepas hanya satu Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dibuka.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri dalam satu kenyataan berkata, PPS Dewan Majlis Perbandaran Teluk Intan masih beroperasi menempatkan 77 penduduk daripada 24 keluarga.
Semalam dua PPS ditutup sepenuhnya iaitu di Sekolah Kebangsaan Changkat Lobak Bagan Serai dan PPS Sekolah Kebangsaan Kayan di Manjung.
Pemantauan masih dijalankan agensi berkaitan sebelum penduduk dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing.