Saturday, 23 January 2021

updated 4:03 AM UTC, Jan 23, 2021

Banjir di Terengganu: Kemaman masih mencatatkan penduduk terjejas tertinggi

  • Published in Berita Semasa


KUALA TERENGGANU, 29 November- 
Sebanyak sembilan Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Dungun, Marang dan Kemaman masih dibuka dengan menempatkan 853 penduduk terjejas daripada 213 keluarga.

Ketua Sekretariat jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Leftenan Kolonel Pertahanan Awam Che Adam A Rahman berkata sehingga 12.00 tengahari tadi.

Kemaman masih mencatatkan penduduk terjejas tertinggi iaitu 715 orang daripada 175 keluarga masih ditempatkan di lima pusat pemindahan.

Diikuti Dungun dengan 130 penduduk terjejas daripada 35 keluarga di tiga PPS.

Di Marang pula hanya satu PPS dibuka.

Sementara itu, dua sungai di Setiu mencatatkan paras amaran.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) dalam kenyataannya pula menyatakan hujan lebat kategori waspada dijangka berlaku di Besut, Setiu, Kuala Nerus dan Kuala Terengganu.