Saturday, 23 January 2021

updated 8:52 AM UTC, Jan 23, 2021

5 Syarikat dipilih uji dron dan robot di Felda Mempaga, Pahang

  • Published in Berita Semasa

BENTONG, 29 Nov - Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) akan mengeluarkan satu lagi kelulusan kelonggaran Peraturan Kawal Selia, bagi membolehkan syarikat pengendali dron menguji peranti di Felda Mempaga, Pahang dalam tempoh 6 hingga 12 bulan.

Sebelum ini, kebanyakan syarikat pengendali dron tidak dibenarkan menguji perkhidmatan dron mereka kerana sukar mendapat kelulusan daripada pihak berkuasa.

Lima syarikat teknologi tinggi telah dipilih menjalankan ujian dron dan robot bagi Projek Rintis Sandbox Inovasi dan Teknologi Nasional (NTIS).

NTIS merupakan kerjasama Pusat Inovasi dan Kreativiti Global Malaysia (MaGIC) dan FELDA bagi menggerakkan aktiviti perladangan berteraskan pertanian pintar dan inovasi.

Tujuannya, menambah baik aspek penuaian, penyelenggaraan dan pembajaan ladang kelapa sawit di FELDA terpilih.

Beliau berkata demikian pada Sesi Bual Bicara Alami Pembaharuan, Terokai Teknologi sempena Majlis Virtual Pelaksanaan Projek Rintis NTIS FELDA Mempaga, Pahang.