Saturday, 23 January 2021

updated 4:03 AM UTC, Jan 23, 2021

PKPB, tiada pembelian panik di Tongkang Pechah

  • Published in Berita Semasa

TONGKANG PECHAH, 28 November - Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat, PKPB di Tongkang Pechah, Batu Pahat, Johor akan bermula tengah malam ini.

Tinjauan RTM mendapati, keadaan terkawal malah tiada pembelian panik dalam kalangan penduduk setempat.

Peningkatan kes COVID-19 di Tongkang Pechah tidak menjejaskan aktiviti ekonomi di kawasan berkenaan malah para peniaga kedai makan, pasaraya dan kedai runcit masih meneruskan rutin harian.

Penduduk juga dilihat masih mematuhi Prosedur Operasi Standard, SOP ditetapkan.

Dalam pada itu, golongan peniaga juga akur sekiranya terpaksa menutup perniagaan esok.

Setakat semalam, Tongkang Pechah di Mukim Linau merekodkan 47 kes positif COVID-19.