Kerajaan pertimbang tiga faktor utama pemilihan bekalan vaksin
- Ditulis oleh Media Baharu
- Published in Berita Semasa
PUTRAJAYA, 28 Nov - Kerajaan akan memberi tumpuan kepada tiga faktor dalam memilih jenis vaksin untuk rakyat.
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, aspek kualiti, tahap keselamatan dan keberkesanan menjadi keutamaan.
pertimbangan dibuat setelah mengambil kira penilaian data daripada kajian kilinikal yang telah dibuat oleh pengeluar vaksin.
Tan Sri Muhyiddin berkata, kerajaan juga bercadang mengadakan perbincangan dengan pihak terlibat dalam mendapatkan harga vaksin yang berpatutan.