Sunday, 17 January 2021

updated 1:18 PM UTC, Jan 17, 2021

Agihan pertama vaksin COVID-19 melibatkan individu 18 tahun ke atas sahaja - KKM

  • Published in Berita Semasa

PUTRAJAYA, 28 Nov - Pengagihan vaksin COVID-19 yang bakal diperoleh Malaysia pada suku pertama tahun depan akan melibatkan individu berusia 18 tahun ke atas sahaja.

Ketua Pengarah Kesihatan - Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, ia kerana penyelidikan untuk membangunkan vaksin oleh negara pengeluar hanya membabitkan golongan dewasa.

Ujian terhadap keberkesanan penggunaan vaksin tersebut kepada kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah, belum digunakan.

Sekiranya vaksin diberi kepada kelompok tersebut, akan berisiko menyebabkan kesan sampingan.

beliau turut memaklumkan, kerajaan bersedia membuat perolehan vaksin lebih daripada satu pengeluar, bagi memastikan bekalan vaksin mencukupi untuk kegunaan rakyat Malaysia.

Bagaimanapun, vaksin yang bakal diperoleh tahun depan, hanya dapat menjamin akses vaksin COVID-19 untuk 30% rakyat Malaysia sahaja.