Saturday, 23 January 2021

updated 4:03 AM UTC, Jan 23, 2021

5 Perkara penting diambil kira Vaksin COVID-19

  • Published in Berita Semasa

PUTRAJAYA, 28 Nov - 5 perkara penting diambilkira oleh Kementerian Kesihatan (KKM), sebelum vaksin COVID-19 digunakan rakyat Malaysia.

Pertama, vaksin tersebut perlu terlebih dahulu melepasi ujian klinikal fasa ketiga dan didaftarkan dengan organisasi kesihatan rasmi.

Kedua adalah aspek pembekalan; bermula dari aspek logistik, kaedah penyimpanan sehinggalah ia diberi kepada pengguna.

Seterusnya, KKM juga meneliti aspek pemberian dengan keutamaan kepada golongan berisiko tinggi.

Pemantauan akan turut dilakukan bagi mengenal pasti sama ada terdapat kesan sampingan terhadap penggunaannya.

Tan Sri Dr. Noor Hisham memaklumkannya pada sidang media harian perkembangan terkini COVID-19 di Putrajaya.