Saturday, 23 January 2021

updated 8:51 AM UTC, Jan 23, 2021

Permohonan i-Sinar terbuka kepada ahli bermula pertengahan Disember 2020

  • Published in Berita Semasa

KUALA LUMPUR, 27 Nov - Ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang memenuhi kriteria kelayakan boleh memohon program i-Sinar bermula pertengahan Disember ini.

KWSP dalam satu kenyataan memaklumkan pembayaran pertama akan bermula sebulan selepas permohonan diluluskan.

KWSP akan mengumumkan perincian i-Sinar pada awal minggu hadapan, berikutan pengumuman Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz pada sesi ucapan penggulungan Belanjawan 2021.

Perincian itu merangkumi kriteria kelayakan ahli yang pendapatannya terkesan, termasuk mereka yang kehilangan pekerjaan atau mengalami pengurangan gaji.

Terdahulu, Tengku Datuk Seri Zafrul mengumumkan program i-Sinar diperluaskan dan jumlah pengeluaran maksimum meningkat antara RM10,000 bagi mereka yang mempunyai RM90,000 dan ke bawah dalam Akaun 1.

Sebelum ini diumumkan, ahli boleh membuat pengeluaran sehingga RM60,000 sekiranya mempunyai baki simpanan lebih daripada RM90,000 dalam Akaun 1.