Saturday, 23 January 2021

updated 4:03 AM UTC, Jan 23, 2021

Lagi 243 ditahan ingkar PKP

  • Published in Berita Semasa

KUALA LUMPUR, 26 November - 243 individu ditahan semalam atas kesalahan ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam kenyataannya berkata, daripada jumlah itu 217 individu dikompaun, manakala 26 lagi direman.

Kesalahan tertinggi ialah tidak memakai pelitup muka (79 kes), diikuti gagal mematuhi arahan penjarakan fizikal (48 kes).

Lain-lain kesalahan termasuk gagal menyediakan peralatan merekod butiran pelanggan dan rentas negeri atau daerah PKPB tanpa kebenaran.

Dalam Operasi Benteng semalam pula, polis berjaya menahan seramai 32 pendatang asing tanpa izin, 2 tekong serta merampas 10 kenderaan darat.

Sebanyak 280 sekatan jalan raya dilaksanakan semalam melibatkan Op Penawar, Op Benteng PDRM dan Op Benteng Aksem.

Tambahnya, kerajaan akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang cuba memasuki sempadan negara secara haram dan kawalan sempadan akan terus diperketat terutama lorong-lorong tikus.