Sunday, 6 December 2020

updated 2:28 PM UTC, Dec 5, 2020

Pelakon, pelawak Pak Lah Cecupak meninggal dunia

  • Published in Berita Semasa


KUALA TERENGGANU, 21 November- 
Pelakon dan pelawak Nor Affendi Nurdin atau lebih dikenali sebagai Pak Lah Cecupak, meninggal dunia.

Beliau menderita sakit kanser usus dan tiroid, sejak setahun lalu.

Allahyarham, 53 tahun menghembuskam nafas terakhir di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu pukul 11.25 pagi tadi.

Menurut anaknya, Muhammad Daniel Nor Affendi ketika dihubungi RTM Perak, Allahyarham mulai menunjukkan tanda-tanda tidak sihat sejak dua hari lalu sebelum dibawa ke hospital.

Jenazah Allahyarham akan dikebumikan di kampung isterinya di Gong Balik, Terengganu selepas solat Asar.

Allahyarham meninggalkan seorang balu dan tiga orang anak.