Sunday, 6 December 2020

updated 2:28 PM UTC, Dec 5, 2020

Komposer terkenal A. Ali meninggal dunia

  • Published in Berita Semasa

KAJANG, 21 November- Komposer terkenal A. Ali atau nama sebenarnya, Hamdan Atan meninggal dunia pagi tadi, ketika sedang tidur.

Berita sedih itu dimaklumkan anaknya menerusi kiriman aplikasi Whatsapp kepada media.

Jenazah Allahyarham dibawa pulang dari Hospital kajang ke rumahnya di Bandar Teknologi Kajang sebelum urusan pengkebumian.

Allahyarham merupakan bekas anggota kumpulan Kembara serta pengasas kumpulan Pelangi.

Ketika bersama kumpulan Kembara, Allahyarham A. Ali terkenal dengan lagu Penjual Surat Khabar dan Oh Bulan.

Manakala dengan kumpulan Pelangi, Allahyarham popular dengan lagu berjudul Biarku Menjadi Lilin.

A. Ali merupakan individu yang mencipta lagu Menaruh Harapan dendangan Zaiton Sameon dan Rayuanku oleh Rohana Jalil. 

Sebelum menyertai Kembara bersama Datuk M. Nasir dan Sahlan, Allahyarham adalah pemain gitar untuk kumpulan Sweet Charity.

Allahyarham A.Ali kembali ke rahmatullah pada usia 71 tahun.