Sunday, 6 December 2020

updated 2:28 PM UTC, Dec 5, 2020

Semua rumah pam di Perak perlu ada sistem penggera keselamatan

  • Published in Berita Semasa


IPOH, 21 November- 
Semua rumah pam sedia ada dan bakal dibina di Perak perlu mempunyai sistem penggera keselamatan banjir automatik bagi memberi amaran awal mengenai bencana itu kepada penduduk sekitar.

Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Tenaga, Air dan Pengangkutan negeri Datuk Mohd Zolkafly Harun memberitahu, bagi rumah pam sedia ada, ia perlu dinaik taraf dengan menggunakan kuasa elektrik sepenuhnya berbanding diesel ketika ini.

Jelasnya, taburan hujan luar biasa kebelakangan ini menyebabkan beberapa daerah di Perak antaranya Larut, Matang dan Selama (LMS), Hilir Perak, Kerian dan Kinta dilanda banjir kilat dan ia sesuatu yang membimbangkan.

Mengenai banjir di daerah Kinta yang melanda Kampung Seri Kinta, Lahat, beliau berkata, pihaknya telah mengarahkan satu sistem pam berkuasa tinggi dibina bersebelahan rumah pam sedia ada dalam masa enam bulan bagi mengurangkan bencana alam di kawasan itu.

Selain itu, pihaknya juga akan mengadakan perbincangan dengan Perbadanan Menteri Besar (MB Inc) bagi mendapatkan syarikat yang boleh melakukan kerja-kerja mengorek dan mendalamkan Sungai Kinta selain dilaksanakan oleh Jabatan Pengairan dan Saliran sendiri.