Sunday, 6 December 2020

updated 2:28 PM UTC, Dec 5, 2020

Konsep 'Kemakmuran Bersama' perlu dihayati

  • Published in Berita Semasa


KUALA LUMPUR, 21 November- 
Malaysia optimis pengagihan kekayaan secara sama rata melalui perdagangan dan pelaburan di rantau Asia Pasifik, dapat dilaksanakan menerusi 'Kemakmuran Bersama'.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin menyatakan, inisiaitif itu membolehkan masyarakat di pelbagai peringkat mengambil bahagian secara efektif dalam aktiviti ekonomi, sekaligus mendapat manfaat daripadanya.

"Sebagai pengerusi APEC 2020, Malaysia berbangga mengangkat tema 'Mengoptimumkan Potensi Insan ke atas Masa Depan Perkongsian Kemakmuran' ini".

"Tema ini bertindak sebagai peringatan kepada kita semua bahawa setiap yang kita lakukan dalam APEC mesti disumbang ke arah kemakmuran bersama."

Tambahnya, pemimpin memainkan peranan dalam memastikan pengagihan kekayaan secara sama rata kepada seluruh lapisan masyarakat.