Sunday, 6 December 2020

updated 2:28 PM UTC, Dec 5, 2020

Agong isytihar darurat di Parlimen Batu Sapi

  • Published in Berita Semasa


KUALA LUMPUR, 18 November- 
Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini mengisytiharkan Proklamasi Darurat di Parlimen Batu Sapi sekali gus membatalkan Pilihan Raya Kecil kerusi berkenaan.

Proklamasi darurat berdasarkan Fasal (1) Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan dilakukan selepas memperhalusi penjelasan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mempersembahkan nasihat beliau susulan keputusan mesyuarat Jemaah Menteri berhubung perkara itu.