Sunday, 6 December 2020

updated 2:28 PM UTC, Dec 5, 2020

Semua bertanggungjawab perangi berita palsu

  • Published in Berita Semasa

KUALA LUMPUR, 25 Oktober - Pihak bertanggungjawab perlu bersikap agresif memantau semua saluran khususnya media sosial agar sebarang penyebaran maklumat tidak menimbulkan keadaan panik dalam kalangan rakyat.

Namun menurut Pensyarah Kanan Pusat Pengajian Perang Saraf Media dan Informasi UiTM, Dr. Noor Nirwandy Mat Noordin rakyat juga perlu bijak menilai kesahihan maklumat yang diterima.

Tegasnya, rakyat perlu faham bahawa hak asasi manusia perlu berlandaskan kepada ciri-ciri perlembagaan persekutuan dan rukun negara.