Sunday, 6 December 2020

updated 2:28 PM UTC, Dec 5, 2020

Hormati sebarang keputusan YDP Agong

  • Published in Berita Semasa

KUALA LUMPUR, 25 Oktober - Rakyat diingatkan supaya menghormati keputusan yang bakal dibuat pucuk pimpinan tertinggi negara iaitu Institusi Yang di-Pertuan Agong.

Ini kerana keputusan dibuat Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mengambil kira pandangan setiap pemerintah negeri, tidak hanya untuk kepentingan kerajaan semata-mata.

Pakar Perlembagaan, Profesor Madya Dr. Shamrahayu A. Aziz menjangka apa sahaja keputusan akan merangkumi seluruh aspek kepentingan negara sekali gus memberi manfaat kepada semua pihak.

Beliau turut menegaskan bahawa penting bagi rakyat meletakkan kepercayaan yang tidak berbelah bahagi kepada sistem warisan negara.