Sunday, 6 December 2020

updated 2:28 PM UTC, Dec 5, 2020

MyGrocer@Wilayah platform bantu golongan B40 kurangkan kos sara hidup harungi PKPB

  • Published in Berita Semasa

KUALA LUMPUR, 24 Oktober - MyGrocer@Wilayah platform membantu mengurangkan kos sara hidup golongan berpendapatan rendah (B40).

Ia merupakan inisiatif dibawah Program Kemiskinan Bandar yang diperkenalkan Kementerian Wilayah Persekutuan.

Menterinya, Tan Sri Annuar Musa mengakui program berkonsepkan pasar bergerak ini menjual barangan dapur serta keperluan harian sekaligus mengurangkan pergerakan rakyat dalam situasi semasa PKPB.

Sejak 29 Ogos lepas, 178 kawasan perumahan kos rendah awam dan swasta menerima manfaat ini.

Beliau berkata demikian selepas membuat tinjauan operasi MyGrocer@Wilayah di Setapak, Kuala Lumpur.

Program melalui Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) ini dilaksanakan berperingkat di 36 lokasi sekitar Kuala Lumpur dengan empat trak secara berjadual.