Sunday, 6 December 2020

updated 2:28 PM UTC, Dec 5, 2020

SJR tetap diteruskan walau berdepan detik cemas

  • Published in Berita Semasa


TUARAN, 23 Oktober- 
Walaupun berdepan detik cemas akibat hujan lebat dan angin kencang yang merosakkan khemah Sekatan Jalan Raya (SJR) Jalan Sulaman-Serusop di Tuaran, Sabah tengah malam tadi, namun tidak menghalang anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) melaksanakan tanggungjawab yang digalas.

Pemeriksaan kenderaan di SJR tersebut tetap diteruskan dan disambung pagi tadi, bagi memastikan pematuhan masyarakat terhadap Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Menurut Ketua Polis Daerah Tuaran, DSP Mohd Hamizi Halim, dalam kejadian kira-kira 12.35 tengah malam tadi, tiga anggota PDRM dan empat anggota RELA sedang melakukan pemeriksaan kenderaan.

Beliau berkata demikian kepada pemberita RTM di Tuaran, Sabah.