Saturday, 24 October 2020

updated 8:47 AM UTC, Oct 24, 2020

COVID-19: 97 kes baharu

  • Published in Berita Semasa


PUTRAJAYA, 18 Oktober-
 Sebanyak 97 kes baharu hari ini adalah daripada Kluster Tembok, Kluster Penjara Reman, Kluster Penjara Seberang Perai dan Kluster Penjara Kepayan.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah, kes-kes tersebut tidak menjangkiti masyarakat.

"Kes-kes ini sememangnya terasing di dalam penjara dan tidak menjangkiti masyarakat."

"Manakala negeri-negeri di Lembah Klang pula merangkumi 9.6 peratus daripada keseluruhan kes."

Tambahnya, Sabah terus mencatatkan jumlah kes tertinggi.

"Jika dilihat pecahan utama jumlah kes hari ini, negeri Sabah terus mencatatkan jumlah kes tertinggi iaitu 702 kes (80.6 peratus)."

"Ini memandangkan lebih ramai individu telah disaring di lapangan."

"Sejak bermulanya pandemik COVID-19 sejumlah 251,030 individu telah disaring di negeri Sabah."

Beliau bercakap dalam sidang media di Putrajaya.