Saturday, 24 October 2020

updated 9:17 AM UTC, Oct 24, 2020

COVID-19: Empat kluster baharu dikenal pasti

  • Published in Berita Semasa


PUTRAJAYA, 18 Oktober- 
Empat lagi kluster baharu COVID-19 dikenal pasti hari ini di lima negeri.

Kluster tersebut ialah Kluster Bah Layangan, Kluster Alma, Kluster Auto dan Kluster Penjara Kepayan.

Kluster Bah Layang melibatkan Wilayah Persekutuan Labuan dan daerah Rembau di Negeri Sembilan.

Ia turut melibatkan 13 kes yang dikesan positif COVID-19.

Kluster Alma pula melibatkan daerah Seberang Perai Selatan dan Seberang Perai Tengah di negeri Pulau Pinang dengan tujuh kes yang dikesan positif.

Kluster Auto dikesan di daerah Petaling, Kuala Langat dan Klang di negeri Selangor serta daerah Seremban di Negeri Sembilan.

Sebanyak sembilan kes positif COVID-19 telah dikesan di bawah kluster berkenaan.

Kluster Penjara Kepayan di Kota Kinabalu mencatatkan 49 kes positif.