Saturday, 24 October 2020

updated 9:17 AM UTC, Oct 24, 2020

PKPD Penjara Alor Setar dilanjutkan 14 hari

  • Published in Berita Semasa


KUALA LUMPUR, 18 Oktober- 
Mengambil kira kes jangkitan baharu selain permohonan Majlis Keselamatan Negara Negeri Kedah dan nasihat Kementerian Kesihatan tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Penjara Alor Setar, dilanjutkan selama 14 hari.

PKPD di kawasan itu yang bermula pada 5 Oktober lalu, dilanjutkan bermula 12.01 tengah malam ini sehingga 1 November depan.

"Kluster Penjara, seperti Kluster Tembok, Kluster Benteng, merupakan penyumbang besar kepada jumlah kes positif COVID-19 di negara kita."

"Jadi pelaksanaan PKPD adalah untuk membendung jangkitan penularan COVID-19 di dalam kawasan tersebut, di dalam kawasan penjara bagi membolehkan aktiviti pengesanan kes secara bersasar dilaksanakan."

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata demikian dalam sidang media secara dalam talian hari ini.

Sehingga 17 Oktober lalu, sebanyak 1,178 kes positif COVID-19 direkodkan di kawasan tersebut, melibatkan 1,137 tahanan dan 41 kakitangan penjara.