Saturday, 24 October 2020

updated 9:17 AM UTC, Oct 24, 2020

COVID-19: KM Sabah pulih

  • Published in Berita Semasa


KOTA KINABALU, 18 Oktober- 
Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor, telah pulih daripada COVID-19 dan dibenarkan keluar dari wad Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu, pagi tadi.

Turut dibenarkan keluar adalah isteri beliau, Datin Seri Julia Salag.

Datuk Seri Hajiji menzahirkan terima kasih kepada semua petugas yang merawatnya dan isteri.

Ucapan sama kepada mereka yang sentiasa mendoakan kesembuhan dan kesihatan beliau.

Dalam pada itu, Datuk Seri Hajiji berkata Kerajaan Negeri akan berusaha sedaya upaya untuk membendung penularan wabak COVID-19 di Sabah.

Rakyat katanya mesti berdisiplin dan sentiasa mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan.