Logo

Warga Kota Kinabalu layak Bantuan Bakul Makanan

KOTA KINABALU, 18 Oktober - Warga Bandaraya Kota Kinabalu yang sedang menjalani perintah kuarantin di rumah atas arahan Kementerian Kesihatan (KKM) dan berdaftar di bawah program e-Kasih, boleh mendapatkan Bantuan Bakul Makanan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK).

Menurut kenyataan DBKK, individu terlibat boleh menghubungi Urus Setia Bantuan Bakul Makanan DBKK di talian 019 – 673 4429 atau 019 – 673 4478 bagi memohon bantuan tersebut.

Pemohon perlu melengkapkan butiran dan maklumat diri masing-masing seperti Nama, Nombor Kad Pengenalan, Alamat Rumah dan Nombor Telefon serta menghantar ‘WhatsApp’ ke talian yang diberikan.

Bagaimanapun, mereka yang menjalani kuarantin di rumah perlu menyertakan Surat Perintah Kuarantin sebagai dokumen sokongan.

Hak Cipta Terpelihara © 2015 Radio Televisyen Malaysia.