Logo

Polis, KKM kerjasama kenal pasti lokaliti pesakit COVID-19

KOTA KINABALU, 18 Oktober - Polis Kota Kinabalu dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam rangka kerjasama mengenalpasti kawasan dan lokaliti dengan rekod pesakit positif COVID-19 dan Pesakit Di Bawah Siasatan (PUI) yang menjalankan kuarantin di rumah.

Ia bagi memastikan golongan berkenaan tidak melanggar arahan KKM termasuk untuk kekal berada di rumah.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, ACP Habibi Majinji ketika dihubungi berkata, perbincangan mengenai perkara ini diadakan dengan Pengarah Kesihatan Sabah, Datuk Dr Christina Rundi dalam satu persidangan video.

ACP Habibi menegaskan usaha ini perlu bagi menurunkan angka jangkitan di Kota Kinabalu yang merupakan Zon Merah.

Petugas KKM juga ditempatkan di lokap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu untuk melakukan saringan terus terhadap mana-mana Orang Kena Tangkap (OKT) bagi mengelak penularan di dalam lokap.

Minggu lepas, satu OKT warga asing di IPD Kota Kinabalu dikesan positif COVID-19 dan serta-merta diasingkan daripada OKT yang lain.

Purata tangkapan OKT IPD KK dalam sehari ialah 5 hingga 10 tangkapan.

Situasi sama turut berlaku di Sarawak kerana memiliki kawasan maritim luas menuntut kawalan pertahanan dan keselamatan tinggi untuk mengelak sebarang pencerobohan.

Hak Cipta Terpelihara © 2015 Radio Televisyen Malaysia.