Tuesday, 27 October 2020

updated 9:22 AM UTC, Oct 27, 2020

COVID-19: 451 kes baharu di Sabah

  • Published in Berita Semasa

KUALA LUMPUR, 17 Oktober- Sebanyak 451 kes baharu dicatatkan di Sabah iaitu 51.9 peratus daripada jumlah keseluruhan kes positif hari ini.

234 kes saringan kontak rapat positif COVID-19, 161 kes daripada lain-lain saringan, 54 kes pula daripada kluster-kluster sedia ada dan dua kes daripada Kluster Teduh.

Secara keseluruhannya, 224 iaitu 25.8 peratus kes hari ini adalah daripada Kluster Tembok, Kluster Penjara Reman dan Kluster Penjara Seberang Perai. 

Kes-kes ini sememangnya terasing di dalam penjara dan tidak menjangkiti masyarakat.

Pulau Pinang mencatat 189 kes baharu.

186 kes daripada kluster-kluster sedia ada dan tiga kes saringan kontak rapat kes positif COVID-19.

Bagi Selangor, 159 kes dicatat dengan 89 kes daripada kluster-kluster sedia ada.

31 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Keladi dan Kluster Menara.

23 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19.

Dua kes saringan pulang dari Sabah dan 14 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.

Kedah pula mencatat 38 kes, 37 daripada Kluster Tembok dan satu kes daripada Kluster Bah Lunas.

Sementara Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur mencatat 15 kes manakala dua kes di Putrajaya.