Logo

COVID-19: Kes positif melibatkan enam negeri


KUALA LUMPUR, 17 Oktober- 
Kluster Teduh, Menara, Keladi, Sentral dan Bah Bemban, merupakan lima kluster baharu COVID-19 dikenal pasti hari ini.

Kluster itu dikesan di enam negeri iaitu Sabah, Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Perak dan Terengganu.

Bagi Kluster Keladi di Sabah, seramai 535 individu disaring dan 11 daripadanya dikesan positif.

Manakala Kluster Menara, melibatkan beberapa daerah di Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya dan Perak.

Kluster Keladi pula melibatkan daerah Klang, mencatatkan 26 kes positif.

Manakala Kluster Sentral dikenal pasti di Kepong, Cheras dan Titiwangsa, Kuala Lumpur, lima kes dikesan positif dan lapan lagi menunggu keputusan.

Kluster Bemban dikesan di daerah Dungun, Terengganu dan Kota Kinabalu di Sabah.

Saringan kontak rapat telah mengenal pasti empat lagi kes positif COVID-19.

 

 

Hak Cipta Terpelihara © 2015 Radio Televisyen Malaysia.