Logo

COVID-19: PM sah negatif, kuarantin kendiri tamat

KUALA LUMPUR, 17 Oktober- Dua ujian saringan pengesanan COVID-19 terhadap Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, disahkan negatif.

Menurut Pejabat Perdana Menteri, ujian saringan pengesanan COVID-19 bagi sampel kedua terhadap Tan Sri Muhyiddin pada 14 Oktober disahkan negatif, Khamis lalu.

Sehubungan itu, Pejabat Perdana Menteri memaklumkan, kuarantin kendiri beliau tamat semalam.

Dalam pada itu, Perdana Menteri terus komited mempengerusikan mesyuarat khas Majlis Keselamatan Negara berkenaan COVID-19 yang diadakan secara sidang video hari ini.

Mesyuarat khas itu diadakan setiap hari bermula 7 Oktober sebagai langkah berjaga-jaga dalam menghadapi situasi semasa COVID-19 dalam negara.

Tan Sri Muhyiddin, mula menjalani kuarantin kendiri selama 14 hari di kediamannya bermula 3 Oktober lalu, selepas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri yang menghadiri mesyuarat bersamanya disahkan positif COVID-19.

Hak Cipta Terpelihara © 2015 Radio Televisyen Malaysia.