Logo

Perketat amalan kawalan kendiri, cegah penularan COVID-19

KUALA LUMPUR, 17 Oktober - COVID-19 tidak menunjukkan gejala pada peringkat awal jangkitan.

Itu antara kebimbangan yang memerlukan masyarakat bersikap lebih peka terhadap pematuhan prosedur operasi standard (SOP) termasuklah pengamalan kawalan kendiri yang ketat.

Menegaskan perkara itu, Pensyarah dan Pakar Rawatan Kecemasan UiTM, Dr Nur Elayni Borhan menjelaskan, virus itu mempunyai kadar kebolehjangkitan yang tinggi meskipun pesakit belum menunjukkan gejala di awal jangkitan.

Beliau ditemui di Angkasapuri.

Tambahnya, individu yang perlu menjalani kuarantin di rumah perlu mengasingkan diri sepenuhnya daripada ahli keluarga bagi mengelakkan jangkitan berlaku.

Hak Cipta Terpelihara © 2015 Radio Televisyen Malaysia.