Saturday, 24 October 2020

updated 8:19 AM UTC, Oct 24, 2020

Bekalan air pulih sepenuhnya

  • Published in Berita Semasa

KUALA LUMPUR, 17 Oktober - Perkembangan terkini gangguan bekalan air tidak berjadual di wilayah Klang/Shah Alam dan Kuala Langat.

Setakat pukul 10 pagi tadi, bekalan air telah pulih sepenuhnya di wilayah Kuala Langat.

Manakala, pemulihan air di kawasan Klang/Shah Alam, pada tahap 84%.

Menurut Ketua Komunikasi Korporat Air Selangor, Elina Baseri, 8 kawasan dalam wilayah tersebut masih dalam proses pemulihan dan pihaknya kini sedang berusaha untuk menstabilkan sistem agihan bekalan air ke kawasan-kawasan terlibat.

Ia dijangka pulih sepenuhnya 3 petang nanti.

Gangguan bekalan air tidak berjadual itu berlaku ekoran kejadian paip pecah di kawasan pembinaan Worldwide Seksyen U11, Shah Alam, semalam.