Saturday, 24 October 2020

updated 9:17 AM UTC, Oct 24, 2020

Pusat Rawatan COVID-19 Kompleks Penjara Pokok Sena beroperasi Isnin ini

  • Published in Berita Semasa

POKOK SENA, 17 Oktober - Kerja-kerja penyediaan Pusat Rawatan COVID-19 dalam Kompleks Penjara Pokok Sena telah bermula semalam bagi merawat penghuni yang positif COVID-19.
 
Majlis Keselamatan Negara (MKN) menerusi kenyataan menerusi facebook memaklumkan, pusat rawatan berkenaan akan mula beroperasi Isnin ini manakala latihan percubaan operasi akan dijalankan esok.

Pemasangan 14 unit khemah bertutup itu mengikut klasifikasi yang ditetapkan selain pemasangan tiga unit sistem pancuran mandian bagi sanitasi secara luaran.

Ia melibatkan 6 unit khemah dari Tenaga Nasional Berhad (TNB), 5 unit khemah Program latihan khidmat negara (PLKN), 3 unit khemah Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang berlainan saiz dan reka bentuk.

Turut digunakan 20 khemah tidak bertutup yang dibawa dan disewa oleh Jabatan Kerja (JKR) bagi kegunaan laluan penjalan kaki yang menghubungkan antara dua blok rawatan yang di sediakan.

Penyediaan pusat rawatan ini melibatkan kerjsama agensi kerajaan iaitu KKM, ATM, Jabatan Penjara, Jabatan Bomba dan Penyelamat, JKR, Syarikat konsesi Edgenta, Celcom, TNB dan Syarikat Air Darul Aman.