Saturday, 24 October 2020

updated 8:47 AM UTC, Oct 24, 2020

Ops Bersepadu Cegah COVID-19, pastikan Kuala Kangsar kekal zon hijau

  • Published in Berita Semasa

KUALA KANGSAR, 17 Oktober - Ops Bersepadu Cegah COVID-19 di daerah Kuala Kangsar dilaksanakan bagi memastikan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) cegah pandemik diperketatkan dan dipatuhi.

Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Asisten Komisioner Omar Bakhtiar Yaacob berkata, usaha berkenaan diambil bagi memastikan daerah tersebut kekal hijau.

Operasi dilaksanakan bersama beberapa agensi berkaitan memandangkan kes positif di daerah berdekatan khususnya di Larut, Matang dan Selama mencatatkan peningkatan.

Beliau berkata demikian dalam satu sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Kangsar semalam.