Saturday, 24 October 2020

updated 9:17 AM UTC, Oct 24, 2020

Beberapa kawasan di Langkawi dilanda banjir kilat

  • Published in Berita Semasa

LANGKAWI, 13 Oktober - Hujan lebat sejak semalam menyebabkan beberapa kawasan di sekitar Langkawi dilanda banjir kilat ekoran hujan lebat.

Antara kawasan terjejas, Jalan Kampung Syed Nahar, Jalan Kampung Syed Sanusi, Jalan Ayer Hangat, Jalan Batu Asah, Jalan Kelibang dan Jalan Chandek Kura serta Lebuhraya Langkawi.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana daerah Langkawi, Kapten Pertahanan Awam Ahmad Shahfikri Darus bagaimanapun berkata, setakat ini tiada pusat pemindahan sementara dibuka.

Jelasnya, lalu lintas di kawasan yang dinaiki air dikawal selia oleh pihak polis.

Sementara itu, APM dan Bomba dengan bantuan orang awam membuat pembersihan pokok tumbang yang menghalang laluan di Jalan Bukit Sejuk, Jalan Kampung Kumpulan dan Surau Teluk Yu.

Tiada kemalangan jiwa dilaporkan.