Saturday, 24 October 2020

updated 12:04 PM UTC, Oct 24, 2020

Senarai Negara terpilih untuk tunai umrah belum diumumkan

  • Published in Berita Semasa

PUTRAJAYA, 29 September - Malaysia masih menunggu jemputan kerajaan Arab Saudi untuk penghantaran Jemaah bagi menunaikan ibadah umrah.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri berkata, senarai negara yang terpilih masih belum diumumkan setakat ini.

Walau bagaimanapun, jika diberi kebenaran, keputusan negara sama ada untuk menghantar Jemaah dalam masa terdekat akan dibincangkan dengan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Sebelum ini, Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi, Muhammad Saleh Benten mengumumkan bahawa Kementerian Kesihatan Arab Saudi akan memilih negara yang dibenarkan untuk melakukan ibadah umrah bermula 1 November nanti.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Program Semarak Jawi di Putrajaya.

Proram melibatkan penyertaan 125 orang pelajar Sekolah Rendah Agama, Sekolah Integrasi Rendah Agama JAWI dan Kelas Al-Quran Fardhu Ain dari setiap zon di Wilayah Persekutuan.